JENAYAH & MAHKAMAH

Empat Rumah Terbakar Dipercayai Dibaling Bom Petrol - Polis

11/05/2026 09:09 PM

ISKANDAR PUTERI, 11 Mei (Bernama) -- Polis menerima laporan berkaitan empat kediaman di Bukit Indah di sini yang terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol (molotov cocktail) dalam kejadian pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kenyataan ringkas memaklumkan polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong meluangkan masa ke lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) dari Singapura.

Liew dalam hantaran Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah Inspektor J.M Alvin Sudesshen yang bertindak pantas sebaik menerima laporan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling menyokong inisiatif penduduk setempat dalam mewujudkan kemudahan keselamatan dan menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mereka yang terjejas serta memaklumkan tindakan susulan akan diambil.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan