EKONOMI

Kerajaan Serah Tawaran Di Bawah Kerjasama Strategik Dengan Arm Limited Kepada Tiga Syarikat Tempatan - Akmal

11/05/2026 01:13 PM

PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).

Sebanyak empat token, termasuk Arm CSS (Compute Subsystems) dan Arm Flexible Access (AFA), diluluskan kepada Great Asic Technology Sdn Bh, SkyeChip Bhd dan Oppstar Technology Sdn Bhd.

Tawaran ini membuka akses kepada platform pengkomputeran dan portfolio harta intelek (IP) Arm bagi mempercepat pembangunan produk semikonduktor tempatan yang direka bentuk di Malaysia.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata penyerahan tawaran itu memberi isyarat bahawa Malaysia sedang bergerak ke fasa baharu industri semikonduktor.

“Malaysia telah lama dikenali dalam aktiviti pemasangan, pengujian dan pembungkusan cip. Kekuatan ini penting tetapi masa depan industri tidak boleh berhenti di situ.

“Kita mesti bergerak lebih jauh daripada back-end kepada front-end, daripada sekadar menghasilkan kepada mereka bentuk, membangunkan IP dan mencipta teknologi sendiri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada Entiti Diluluskan di bawah Kerjasama Strategik antara Kerajaan Malaysia dan ARM Limited di sini hari ini,

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan