EKONOMI

Glomac Lancar Projek 16 Legacy Dengan GDV Bernilai RM21 Juta

12/05/2026 02:29 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Glomac melancarkan 16 Legacy, koleksi eksklusif 16 unit rumah separa berkembar dua tingkat di Saujana Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM21 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, pemaju hartanah itu berkata setiap unit ditawarkan pada harga bermula RM1.2 juta.

“Projek 16 Legacy menawarkan gaya hidup kediaman yang dekat dengan alam semula jadi, bertasik serta dikelilingi persekitaran hijau dan elemen air yang menjadi sebahagian daripada pelan induk Saujana Rawang,” katanya.

Glomac berkata perbandaran itu boleh diakses menerusi Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), selain berhampiran stesen KTM Rawang serta pusat bandar utama.

Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri FD Iskandar berkata pembangunan itu menyasarkan pembeli yang mencari ruang kediaman lebih luas dalam persekitaran berkepadatan rendah.

“Kami menyedari pembeli rumah masa kini, khususnya keluarga pelbagai generasi, menginginkan kediaman yang boleh berkembang mengikut keperluan mereka dari semasa ke semasa. 16 Legacy menggabungkan fleksibiliti, identiti komuniti yang kukuh serta ketenangan persekitaran tasik dalam Saujana Rawang,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai 16 Legacy boleh melayari laman web rasmi Glomac di https://property.glomac.com.my/.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan