AM

Agong Berangkat Pulang Selepas Mengakhiri Lawatan Khas Di Moscow

10/05/2026 11:34 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang berlangsung semalam.

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan