KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) melantik Datuk Sazali Hamzah sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
Menurut PDB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sazali kini merupakan Naib Presiden Eksekutif Petronas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi perniagaan hilirannya.
Beliau juga berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah bagi beberapa syarikat dalam kumpulan Petronas.
Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Urusan dan CEO Petronas Chemicals Group Bhd dari 8 Mei, 2014 hingga 31 Dis, 2021.
Sazali juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd.
Sepanjang kerjayanya bersama Petronas, beliau memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan termasuk pengurus besar kanan penyelesaian teknologi kumpulan serta ketua pengurusan dan penyampaian projek dengan pengalaman yang merangkumi perniagaan penapisan serta petrokimia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial