JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Dua Warga Asing Tanpa Dokumen Sah Mengemis Di KLIA

01/05/2026 10:59 PM

PUTRAJAYA, 1 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu dipercayai individu yang dipaparkan dalam video tular di media sosial berkaitan aktiviti mengemis di kawasan terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek yang masing-masing warganegara Tajikistan dan Palestin itu tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

“Modus operandi suspek adalah dengan menghampiri pengunjung di lapangan terbang untuk meminta wang dengan meraih simpati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan