AM

KPF Terus Diperkasa Untuk Masa Depan Warga Felda - Ahmad Zahid

28/04/2026 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata pemerkasaan KPF bertujuan untuk memastikan kebajikan dan kepentingan warga Felda sentiasa terpelihara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KPF adalah sebuah institusi yang sekian lama menjadi tunjang kepada kesejahteraan ekonomi warga Felda, khususnya dalam menyediakan peluang simpanan, pelaburan serta pulangan dividen kepada ahlinya.

“Sebentar tadi, saya telah mendengar pembentangan daripada Pengerusi KPF Datuk Mohd Banuri Aris berhubung perkembangan semasa koperasi serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan institusi ini terus terpelihara.

“Insya-Allah, usaha memperkukuh KPF akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus dan berimpak demi memastikan kebajikan serta kepentingan warga Felda sentiasa terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan