DUNIA

Penculikan Ganas Di Barat Sydney, 5 Ditahan

21/04/2026 03:52 PM

SYDNEY, 21 April (Bernama-Xinhua) -- Lima lelaki ditahan berhubung dakwaan penculikan ganas pada lewat malam seorang lelaki di barat Sydney, lapor Xinhua.

Mangsa dikatakan mempunyai kaitan dengan jenayah terancang

Menurut polis, pada Selasa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah diserang dan dipaksa masuk ke dalam kenderaan di luar sebuah rumah di Guilford, 20 kilometer (km) barat Sydney, kira-kira pukul 11:30 malam waktu tempatan pada Isnin.

Kenderaan itu ditemui sebahagiannya terbakar dan mangsa ditemui polis di sebuah rumah di barat daya Sydney pada 12:30 tengah malam sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.

Lima lelaki yang dikatakan melarikan diri daripada kawasan itu telah ditangkap berhampiran dan dibawa ke balai polis.

Media tempatan melaporkan pada Selasa, mangsa mempunyai kaitan dengan rangkaian jenayah terancang dan penculikan itu dilakukan oleh rangkaian saingan.

Lelaki yang sama menjadi sasaran percubaan pembunuhan yang gagal pada Jun 2025, menurut Australian Broadcasting Corporation.

Pasukan petugas polis yang ditubuhkan pada Mei 2025 untuk menyiasat dan menyekat insiden ganas dikaitkan dengan konflik jenayah terancang yang semakin meningkat, sedang mengetuai siasatan penculikan itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan