AM

143 Petugas Kesihatan Terima Pemangkuan, Kenaikan Pangkat JUSA

21/04/2026 08:01 PM

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Sebanyak 105 petugas kesihatan telah diberikan pemangkuan dan 38 lagi dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan itu berdasarkan prestasi, dedikasi dan sumbangan besar mereka terhadap perkhidmatan kesihatan negara.

“Urusan ini melibatkan pelbagai skim perkhidmatan dan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan kekosongan jawatan serta keperluan perkhidmatan.

“Langkah ini selaras dengan usaha KKM untuk memantapkan kepimpinan organisasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat kekal cekap dan berkesan,” menurut kenyataan itu.

Pengiktirafan itu juga mencerminkan komitmen KKM dalam menyediakan laluan kerjaya yang telus dan berasaskan merit. 

“KKM akan terus menambah baik langkah sedia ada bagi memastikan kebajikan dan pembangunan profesional warga kerja sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan