SUKAN

Nora Lyana Rangkul Kejuaraan Kategori Wanita Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Thailand

21/04/2026 12:30 AM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemain boling wanita negara Nora Lyana Nastasia Norkamal hari ini berjaya merangkul kejuaraan dalam kategori wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Thailand 2026.

Dalam aksi final stepladder yang mendebarkan di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok, Nora Lyana menundukkan pemain Singapura New Hui Fen dengan 474 jatuhan pin bagi dua permainan.

Hui Fen hanya mencatatkan 353 jatuhan pin.

“Saya amat bersyukur kerana dapat meraih gelaran ini buat kali ketiga... ia begitu bermakna, lebih-lebih lagi kerana memberikan suntikan semangat menjelang Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) tahun ini.

“Keupayaan mengharungi keadaan lorong yang mencabar dan mara hingga ke penghujung benar-benar saya rasa bagaikan satu rahmat,” katanya ketika dihubungi.

Nora Lyana juga berharap dapat meneruskan momentum ini sepanjang tahun dan menampilkan prestasi cemerlang menjelang Kejohanan Asia 2026 pada November di Doha, Qatar.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan