EKONOMI

Pecutan Permintaan Pacu HAVAL H6 HEV Muncul Hibrid Kedua Terlaris Di Malaysia

15/04/2026 11:42 AM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) hibrid HAVAL H6 (HEV) terus mendapat permintaan di Malaysia dan muncul sebagai model hibrid kedua paling laris di negara ini, didorong oleh keyakinan pengguna terhadapnya.

Kejayaan model itu mencecah 6,000 penghantaran sejak dilancarkan pada Oktober 2024 turut membuktikan keyakinan ketara terhadap HAVAL H6 HEV dalam kalangan pengguna membabitkan teknologi pengecasan sendiri secara hibrid.

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia Roslan Abdullah berkata terdapat anjakan ke arah elektrifikasi yang praktikal iaitu penyelesaian kecekapan bahan api dan manfaat alam sekitar tanpa menambah kerumitan dalam kehidupan seharian.

“Kami amat menyedari bagi kebanyakan rakyat Malaysia, daya tarikan (sebenar) adalah menikmati manfaat hibrid tanpa perlu mengubah tabiat pemanduan sama ada perjalanan seharian atau pulang beraya ke kampung.

“Sebagai model hibrid kedua paling laris di Malaysia bagi tahun 2025, pencapaian ini mengukuhkan lagi andaian bahawa hibrid tanpa pengecasan luaran bukan sahaja mendapat sambutan amat baik dalam pasaran, malah turut membentuk cara rakyat Malaysia menerima elektrifikasi secara praktikal serta diyakini,” katanya kepada Bernama.

Roslan berkata meskipun lebih banyak model HEV dan hibrid plug-in HEV (PHEV) memasuki pasaran, H6 HEV sebaliknya lebih menonjol kerana menawarkan apa yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia -- keyakinan, kecekapan dan praktikal yang menepati kehidupan seharian.

Model itu menawarkan kemudahan sistem hibrid tanpa pengecasan luaran, tidak memerlukan plug atau jadual pengecasan selain membolehkan jarak pemanduan sehingga 1,000 kilometer (km) bagi perjalanan harian serta perjalanan jauh.

Berlandaskan ciri ini juga, jarak pemanduan mencecah sehingga 1,242 km bagi satu tangki yang diperakui rekod ASEAN, meletakkan H6 HEV antara hibrid dengan jarak paling jauh dalam kelas sama dan mengukuhkan lago kemampuan model itu bagi kegunaan harian serta perjalanan lebih jauh.

Harga RM139,800 bagi model itu juga menepati ciri keselesaan dan memberi ketenangan fikiran, disokong pula dengan jaminan 10 tahun untuk enjin serta bateri HEV.

“Jaminan 10 tahun kami ke atas enjin dan bateri HEV, jaminan sistem HEV selama 8 tahun dan servis percuma selama lima tahun, bertujuan memberi pengguna keyakinan dari segi prestasi serta ketahanan jangka panjang.

“Menerusi penawaran antara pakej jaminan paling padu dalam segmen ini, kami meletakkan HAVAL H6 HEV sebagai pilihan pemilikan tanpa rasa bimbang sebagai sebuah kenderaan diyakini keluarga untuk jangka panjang,” katanya.

Roslan juga menyifatkan H6 HEV direka khusus sebagai satu SUV keluarga lengkap yang menyepadukan keselamatan, keselesaan dan pintar, sekali gus menjadikannya pilihan dipercayai oleh isi rumah Malaysia.

“Daripada sistem keselamatan menyeluruh kepada pengalaman kabin menarik dan teknologi mantap membolehkan HAVAL H6 HEV menawarkan satu pakej seimbang yang menepati jangkaan pemandu Malaysia hari ini dari segi praktikal, keselamatan dan teknologi maju,” katanya.

Beliau berkata HAVAL H6 HEV adalah SUV keluarga generasi baharu bercirikan hibrid dengan teknologi hibrid itu melengkapi kecekapan.

“Pada akhirnya, ini bukan mengenai mengetepikan ketidaktentuan, sebaliknya memberi jaminan dalam keputusan menerimaguna teknologi hibrid.

“Menerusi tawaran antara pakej jaminan paling padu dalam segmen ini, kami meletakkan HAVAL H6 HEV sebagai pilihan pemilikan tanpa perlu rasa bimbang selain menjadi kenderaan dipercayai keluarga untuk jangka masa panjang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan