KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd dan HLB Islamic Bank Bhd bersedia membantu pelanggan yang berdepan tekanan kewangan susulan situasi semasa di Asia Barat.
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan perbankan itu berkata pihaknya komited untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas untuk mengetahui keperluan khusus mereka dan menyediakan bantuan sewajarnya dalam mengharungi tempoh mencabar ini.
Ini berikutan ketidaktentuan serantau boleh memberi kesan berbeza kepada individu dan perniagaan.
“Sehubungan itu, bank akan menilai setiap permohonan bagi menawarkan penyelesaian kewangan yang disesuaikan serta pengaturan pembayaran balik yang fleksibel mengikut situasi masing-masing.
“Pendekatan berasaskan keperluan individu ini membolehkan kami memberikan sokongan yang lebih berkesan di samping membantu pelanggan mengekalkan kedudukan kewangan keseluruhan mereka,” katanya.
Kumpulan itu berkata pelanggan yang menjangkakan atau sedang menghadapi kesukaran kewangan digalakkan untuk menghubungi pihak bank bagi membolehkan penilaian dibuat dan dicadangkan bantuan yang bersesuaian.
Untuk maklumat lanjut atau permohonan bantuan, pelanggan boleh melayari laman sesawang rasmi Hong Leong Bank di https://www.hlb.com.my/rnr atau berhubung dengan pengurus perhubungan masing-masing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial