TAWAU, 11 April (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 30,800 liter minyak diesel bernilai RM1.16 juta dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Sin San di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata serbuan pada 5 petang itu dijalankan berdasarkan hasil risikan PPM dan maklumat orang ramai sebelum mengekori sebuah lori yang mencurigakan ke lokasi berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kegiatan pemindahan minyak diesel secara tidak sah selain turut menemukan tiga lori, tiga unit skid tank serta 10 tong dram yang dipercayai bagi tujuan penyelewengan bahan kawalan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Amri berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan penyelewengan serta penyeludupan bahan kawalan, sekali gus memastikan kestabilan ekonomi serta keselamatan negara terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial