KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) dengan jaringan 2-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh dalam satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Skuad The City Boys memperoleh gol pertama menerusi Safawi Rasid pada minit ke-20.
Tuan rumah kemudian meraih peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Azwan Aripin pada minit ke-41, namun cubaan tersebut digagalkan penjaga gol KL City Julian Kammeraad.
Pasukan pelawat kemudian menggandakan kedudukan menerusi pemain import Kpah Sherman pada minit ke-53 yang menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan dan keputusan kekal 2-0 sehingga ke wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan kedudukan KL City melonjak ke tangga ketiga carta Liga Super dengan 42 mata manakala Kelantan di tangga ketiga tercorot dengan 15 mata.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial