Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.
Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata permintaan tinggi terhadap komoditi itu turut meningkatkan sentimen.
Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 meningkat RM60 kepada RM4,745 setan, manakala kontrak Mei 2026 naik RM46 kepada RM4,799 setan.
Kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing menokok RM48 kepada RM4,839 dan RM4,844 setan, manakala Ogos 2026 meningkat RM50 kepada RM4,824 setan dan September 2026 naik RM52 kepada RM4,789 setan.
Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 52,194 lot berbanding 80,412 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 252,147 kontrak daripada 249,183 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk April Selatan menambah RM10 kepada RM4,760 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial