AM

Kabel, Talian Elektrik Tidak Boleh Disentuh Atau Diceroboh - TNB

17/03/2026 09:55 AM

IPOH, 17 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.

TNB dalam kenyataan memaklumkan mengganggu atau merosakkan pepasangan elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mengundang risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut. 

“Orang awam dinasihatkan menjauhi pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu. 

TNB memaklumkan pihaknya telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian tiga lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel pada pepasangan elektrik berhampiran Taman Rapat Mutiara di sini.

“Pasukan TNB yang digerakkan ke lokasi kejadian telah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Semalam, polis berkata tiga lelaki berusia 35 hingga 50 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan