JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Alor Setar

15/03/2026 04:08 PM

ALOR SETAR, 15 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Stadium dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata bomba menerima panggilan pada 1.15 tengah hari daripada pihak Kementerian Kesihatan yang memaklumkan mengenai kejadian pokok tumbang yang menghempap orang awam.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah ke lokasi dan sebaik sampai di lokasi mendapati kejadian melibatkan dua penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan itu ketika pokok berkenaan tumbang.

“Akibat itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan, dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.53 petang.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan