AM

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB

09/03/2026 03:30 PM

KANGAR, 9 Mac (Bernama) -- Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.

Abu Bakar berkata pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan