AM

Sultan Pahang Berkenan Masyhurkan UniPSAS Sebagai Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang

07/03/2026 12:31 AM

KUANTAN, 6 Mac (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  hari ini berkenan memasyhurkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UniQSAAS). 

Majlis pengisytiharan itu disempurnakan di Balai Seri Temenggung, Istana Abdulaziz, di sini hari ini. 

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta anakanda baginda yang lain. 

Pemasyhuran itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, Zambry menyembahkan warkah pertukaran nama universiti milik penuh Kerajaan Negeri Pahang berkenaan kepada Al-Sultan Abdullah.

Di Istana Abdulaziz hari ini turut berlangsung Majlis Kesyukuran serta Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Yang Ke-40 Perkahwinan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang. 

Pada 6 Feb lepas,  Al-Sultan Abdullah menzahirkan perkenan UnIPSAS dijenamakan sebagai UniQSAAS, sekali gus menjadi universiti pertama seumpamanya di negara ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan nama sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan