Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang berterusan.
"Saham-saham Asia ditutup bercampur-campur pada hari Jumaat tetapi menuju ke arah kerugian mingguan yang mendadak selepas sentimen terjejas akibat konflik di Timur Tengah," kata seorang peniaga kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan harga minyak mentah telah mengehadkan kerugian dalam getah.
"Harga minyak kekal di landasan untuk lonjakan mingguan apabila konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah telah mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan global," katanya.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent bertambah sebanyak 0.52 peratus kepada US$85.85 setong.
Pada 3 petang, harga SMR 20 turun 50 sen kepada 782.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 5.50 sen kepada 648 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial