DUNIA

Trump Ugut Putuskan Hubungan Dengan Sepanyol

04/03/2026 02:22 PM

WASHINGTON, 4 Mac (Bernama-Xinhua) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk "memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol" kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.

“Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol," kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.

"Saya juga tidak berpuas hati dengan UK (United Kingdom)," kata Trump.

Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran.

Merz ialah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak pentadbiran AS melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran pada pagi Sabtu.

Kedua-dua pemimpin berkata operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup mereka.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan