JENAYAH & MAHKAMAH

APMM Tahan Kapal Tanker Bersauh Tanpa Kebenaran Di Perairan Kemaman

01/03/2026 02:38 PM

CHUKAI, 1 Mac (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tanker yang bersauh tanpa kebenaran dalam rondaan Op Khas Pagar Laut dan Op Tiris 3.0 di perairan Kemaman di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata kapal berkenaan ditahan selepas dikesan oleh aset ronda APMM pada kedudukan 4.46 batu nautika timur Teluk Penunjok, pada 1.35 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal berkenaan dikendalikan lima kru termasuk seorang tekong warga Indonesia berusia antara 26 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kapal tanker tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliauberkata susulan itu, dua kru bersama dokumen dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut manakala tiga lagi kru kekal di atas kapal dan diiring ke lokasi selamat oleh aset APMM.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan