EKONOMI

LSH Capital Meterai Perjanjian Kerjasama Strategik Bagi Pembangunan Bercampur

27/02/2026 09:48 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) memeterai dua Perjanjian Kerjasama Strategik BEST hari ini bagi projek pembangunan bercampur di sini dan Selangor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (NPK) gabungan RM903.9 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan anak syarikat milik penuhnya, Astana Setia Sdn Bhd (ASSB), memeterai perjanjian kerjasama dengan Airman Sdn Bhd bagi pembangunan LSH Bund di Jalan Pahang, di sini.

Cadangan pembangunan bercampur 52 tingkat itu mendapat kelulusan utama bagi nisbah plot 6.4 dan anggaran NPK RM500 juta.

Satu lagi anak syarikatnya, LSH Best Builders Sdn Bhd (LSHBB), memeterai perjanjian serupa dengan Bakti Jaya Impian Sdn Bhd bagi pembangunan bercampur kediaman dan komersial di Setapak, Selangor, dengan anggaran NPK RM403.9 juta.

LSH Capital menjelaskan kerjasama itu dijangka tidak menjejaskan aset bersih, tahap kadar hutang atau keuntungan sesaham (EPS) kumpulan.

Tanpa keadaan luar jangka, Kerjasama BEST itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan EPS kumpulan pada masa hadapan apabila projek masing-masing dilancarkan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan