KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kumpulan pelancong di pintu masuk utama Istana Negara, hari ini.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan dan meluangkan masa beramah mesra sewaktu dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.
Seri Paduka Baginda turut berkenan bersalaman dengan lebih 100 pelancong dari pelbagai negara sebelum meneruskan perjalanan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial