SUKAN

PDRM Ikat The City Boys 1-1

30/01/2026 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- PDRM FC terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 menentang KL City FC dalam perlawanan Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Babak pertama menyaksikan KL City bimbingan Risto Vidakovic lebih menguasai permainan namun tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kashim Oluwasegun yang menyudahkan hantaran Park Tae Su pada minit ke-12.

Muhammad Safawi Rasid hampir menyamakan kedudukan apabila rembatannya menerjah gawang tuan rumah namun jaringan dinafikan kerana berada pada kedudukan ofsaid.

The City Boys terus mengasak ke kubu tuan rumah pada babak kedua hingga akhirnya berjaya menghasilkan gol menerusi rembatan kencang Declan Lambert pada minit ke-63.

Keputusan perlawanan malam ini menyaksikan KL City kekal di tangga ketiga liga dengan 30 mata manakala PDRM tercorot dengan tujuh mata.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan