JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa (27 Jan).
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran berserta gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin.
Terdahulu, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.25 pagi.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj turut berangkat ke LTAS bagi mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial