JENAYAH & MAHKAMAH

HRPZ II Kesan Waris Mayat Lelaki Tidak Dituntut

12/01/2026 06:28 PM

KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) -- Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sedang berusaha mengesan waris kepada satu mayat lelaki yang tidak dituntut dan kini ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Pengarah HRPZ II Dr Izamin Idris berkata mayat lelaki berusia dalam lingkungan 61 tahun itu adalah warganegara Malaysia berketurunan Cina bernama Tey Chong Leh.

“Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia pada 11 Jan lepas. Alamat terakhir si mati adalah di No. A-36, Jalan Wan Ahmad, 17500, Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, pihak HRPZ II memohon waris si mati atau orang ramai yang mengenali si mati dan keluarganya supaya tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Perubatan Forensik HRPZ II atau menghubungi talian 09-745 2436.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan