| BERITA TERGEMPAR | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | |
KOTA BHARU, 5 Jan (Bernama) -- Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap seorang wanita, bulan lepas.
Mohammed Sanusi Dollah, 43, dan Azahar Hussin, 54, didakwa bersama-sama cuba mengambil seutas gelang tangan emas serta beg duit milik Nur Khairunnisa Mohd Zain, 18, di Jalan Batu Tinggi, Kok Lanas di sini pada 6.20 petang, 22 Dis 2025.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Hakim Nik Habri Mohamad membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 Jan ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial