AM

Anwar Ucap Tahniah Kejayaan PPUM Laksana Pemindahan Hati Bayi Empat Bulan

04/01/2026 12:52 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas kejayaan bersejarah melaksanakan prosedur pemindahan hati terhadap bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram.

Menerusi ciapan di platform X hari ini, Anwar berkata kejayaan berkenaan mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara, khususnya dalam menangani prosedur perubatan yang amat kompleks dan berisiko tinggi.

"Tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan bersejarah melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram," katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan kejayaan PPUM melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di Facebook semalam berkata bayi berkenaan menjalani prosedur pemindahan hati daripada ibunya pada 25 Nov lepas.

Beliau berkata meskipun prosedur itu  berisiko tinggi serta rumit berikutan pembuluh darah bayi yang sangat halus, namun dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius dan jururawat di PPUM, prosedur pembedahan pemindahan hati itu berjaya dilaksanakan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan