KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek infrastruktur rel, tetapi inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia-China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menerusi hantaran di akaun media sosial Facebook miliknya hari ini berkata projek rel itu juga diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara.
Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan kontraktor utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL.
"Pertemuan ini menumpukan perbincangan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan yang selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), selain menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.
"Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial