KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.
Pada jam 9.23 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2026 susut 6.0 mata kepada 1,676.5, Februari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,679.0, Mac 2026 berkurangan 6.0 mata kepada 1,662.0 manakala Jun 2026 tidak berubah pada paras 1,670.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,702 kontrak.
Indeks penanda aras FBM KLCI turun 11.33 mata kepada 1,668.78 selepas 41 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutupan Rabu pada 1,680.11.
Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti umum Tahun Baharu 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial