JENAYAH & MAHKAMAH

30 Penumpang Selamat, Bas Ekspres Bertembung Lori Treler Di Rompin

27/12/2025 11:14 AM

KUANTAN, 27 Dis (Bernama) -- Sebanyak 30 penumpang selamat selepas bas ekspres dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 159 Jalan Kuantan-Johor Bahru, di atas Jambatan Endau, Rompin malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11.20 malam ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Johor Bahru manakala bas pula datang dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler yang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata kedua-dua pemandu serta kesemua 30 penumpang bas yang berusia antara tujuh hingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua penumpang bas telah selamat dihantar pulang kira-kira satu jam selepas kejadian menggunakan bas lain,” katanya

Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan