JENAYAH & MAHKAMAH

710 Saman Dikeluarkan JSPT Selangor Sempena Krismas

26/12/2025 03:04 PM

SHAH ALAM, 26 Dis (Bernama) -- Sebanyak 710 saman pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Kontinjen Selangor dalam Ops Khas sempena sambutan Krismas kali ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya turut menahan 10 individu di Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya dan Gombak dengan enam daripadanya disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1953.

“Selain itu, polis turut menyita 47 motosikal dan sebuah kereta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Op Khas secara serentak yang dijalankan di setiap daerah itu berdasarkan perancangan strategik bagi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Ia antaranya bertujuan untuk melaksanakan pencegahan aktiviti samseng jalanan, pemanduan di bawah pengaruh alkohol serta pencegahan jenayah sempena musim perayaan.

“Secara keseluruhan operasi ini berjalan lancar dan terkawal serta berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pematuhan undang-undang serta memberikan rasa selamat kepada masyarakat,” katanya.   

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan