KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.
Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.79 mata atau 0.10 peratus kepada 1,669.50 daripada paras penutup 1,671.29 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks itu dibuka rendah 2.51 mata pada 1,668.78.
Sentimen pasaran adalah positif, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 182 berbanding 116 manakala 301 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 2,175 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berjumlah 114.92 juta unit bernilai RM58.71 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih tinggi, disokong oleh dagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Namun begitu, beliau berkata sentimen keseluruhan kekal berhati-hati kerana dana juga beralih kepada alternatif yang lebih murah di tengah-tengah penilaian tinggi dalam sektor teknologi.
Tambahan pula, dana menyah risiko daripada Wall Street dan kebanyakannya sedang beralih ke Asia, digariskan oleh asas dan penilaian yang lebih baik.
"Indeks penanda aras telah menambah 30 mata dalam tempoh lima hari dagangan lepas dan kami percaya ia dijangka menguji paras 1,700 dalam persekitaran beberapa pembetulan. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks itu berlegar antara julat 1,665-1,680 hari ini," katanya.
Antara saham wajaran tinggi, Petronas Dagangan menambah 12 sen kepada RM19.64, MISC meningkat satu sen kepada RM7.70, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM13.50, manakala Hong Leong Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM22.26 dan RM8.62.
Bagi saham paling aktif, Zetrix AI, Eca Integrated dan HHRG melonjak setengah sen masing-masing kepada 81 sen, 20 sen dan 6.5 sen, TWL dan Compugates tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 1.5 sen.
Saham paling untung menyaksikan Nestle naik 80 sen kepada RM115.70, Dutch Lady menambah lapan sen kepada RM30.18 dan Malayan Cement melonjak tujuh sen kepada RM7.30 manakala Kuala Lumpur Kepong dan Pentamaster menambah enam sen masing-masing kepada RM20.08 dan RM4.01.
Antara kaunter paling rugi, BLD Plantation merosot RM1.60 kepada RM14.20, Petronas Gas turun 14 sen kepada RM17.96, Malaysian Pacific dan Negri Sembilan Oil Palm menguncup 12 sen masing-masing kepada RM32.46 dan RM5.63, manakala Press Metal berkurangan tujuh sen kepada RM7.02.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 0.88 mata kepada 12,263.31, Indeks FBMT 100 merosot 1.92 mata kepada 12,060.52, Indeks FBM Emas Shariah menambah 0.25 mata kepada 12,062.66, Indeks FBM 70 naik 46.93 mata kepada 16,871.67, manakala Indeks FBM ACE menokok 7.36 mata kepada 4,833.26.
Bagi sektor, Indeks Perladangan susut 33.32 mata kepada 8,203.23, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 9.92 mata kepada 19,611.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.29 mata kepada 172.34 dan Indeks Tenaga naik 3.57 mata kepada 769.75.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial