KUCHING, 9 Dis (Bernama) -- Polis Sarawak melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas dari 23 hingga 28 Dis di semua daerah negeri itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata 700 pegawai dan anggota pelbagai cawangan terlibat bagi memberi kesedaran keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang.
“Kempen bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya, mewujudkan persekitaran selesa dan selamat bagi pengguna jalan raya dengan menempatkan polis di lokasi terpilih sering berlaku kemalangan serta memastikan aliran trafik lancar dan terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota penguat kuasa bertugas sepanjang musim perayaan serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial