KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, dekat sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.32 petang melibatkan kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun.
Beliau berkata susulan itu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dengan enam anggota digerakkan ke lokasi dan tiba di sana pada 6.39 petang
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan longkang utama oleh pasukan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial