KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Dis ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dari 5 hingga 6 Dis.
Beliau berkata hujan berterusan turut dijangka berlaku dari 6 hingga 7 Dis di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, seluruh Terengganu serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Pada 7 dan 8 Dis, hujan berterusan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) , Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial