KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika cuba mengambil bola pikel dalam insiden di Pudu di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata sebelum kejadian, mangsa yang berumur 32 tahun itu bermain bola pikel di tingkat tiga bangunan berkenaan.
Beliau berkata mangsa kemudian memanjat pagar di tepi gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian pada 9.43 malam, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi kenyataan berasingan, Mohamad Lazim memaklumkan seorang lelaki berusia 77 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak pagi tadi.
"Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian pada 8.01 pagi," katanya.
Beliau berkata mangsa ditemukan di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang dan kes diklasifikasikan sebagai SDR.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial