SEREMBAN, 7 Nov (Bernama) -- Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan perumahan di Taman Nilai Perdana, Nilai, dekat sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berusia 15 tahun itu pada 8.58 pagi, semalam.
"Remaja hilang itu dikenali sebagai Noor Arlyana Khairul Alief, berkulit sawo matang, berwajah tirus, mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan bentuk badan yang kurus.
"Mereka yang mengenali dan terlihat remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Raid Aiman Norzamri melalui talian 019-4440996 atau ke balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai melalui talian 06-7904389 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial