BATU PAHAT, 27 Okt (Bernama) -- Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Raja, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada pukul 9 pagi.
“Berdasarkan laporan, wanita itu menyedari anaknya mengalami kecederaan di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar Mushaddat berkata mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Beliau berkata orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.
Terdahulu, tular gambar seorang kanak-kanak cedera di bahagian leher.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial