MELAKA, 25 Okt (Bernama) -- Syarikat Air Melaka Melaka Berhad (SAMB) menjelaskan individu yang dikhuatiri lemas di kawasan Empangan Jus, Jasin hari ini ialah kakitangan kepada syarikat kontraktor panel dan bukan pekerja SAMB seperti yang ditularkan.
SAMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
"Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak polis dan agensi berkaitan.
"SAMB meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan sehingga maklumat sahih diterima," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Empangan Jus, di Batang Melaka, Jasin tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan rutin di kawasan empangan berkenaan sebelum dipercayai tergelincir.
Setakat petang tadi, mangsa masih belum ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial