SUKAN

Terbuka Artik: Pearly-Thinaah Mara, Soon Huat-Shevon Tersingkir

10/10/2025 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan beregu Perancis Margot Lambert-Camile Pognante dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi suku akhir kejohanan bertaraf Super 500 yang berlangsung di Arena Vantaan Energia.

Naib juara dunia 2025 itu akan menentang sama ada pasangan pilihan keempat dari Taiwan Hsieh Pei Shan-Hung En-Tzu atau pilihan keenam dari China Bao Li Jing-Zhang Shu Xian esok.

Sementara itu, perjuangan beregu campuran profesional negara dan pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berakhir selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 12-21, 14-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan