KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Majlis Raja-Raja ke-270 akan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, selaku wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Istana Negara.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi tadi.
Anwar berkata beliau turut menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial