AM

PM Sembah Maklum Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Lawatan Trump Kepada MRR

07/10/2025 02:41 PM

PETALING JAYA, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja (MRR), termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi tadi. 

Anwar berkata beliau turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu. 

“Mesyuarat pramajlis Raja-Raja biasa (mengenai) perkembangan-perkembangan semasa, termasuk lawatan Trump dan beberapa isu dasar, selain persiapan Belanjawan 2026,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan di sini hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata Perdana Menteri tidak dapat menghadiri sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat untuk menjawab dua soalan yang telah disenaraikan kerana dipanggil menghadap MRR.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi penganjuran terbesar dalam sejarahnya sekali kali pertama diadakan pada tahun 1976.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan