AM

Menteri Luar Rakan Dialog ASEAN Tiba Untuk Mesyuarat Peringkat Tinggi

09/07/2025 11:58 PM

SEPANG, 9 Julai (Bernama) -- Pemimpin dari negara Rakan Dialog ASEAN tiba di Malaysia pada Rabu bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58.

Pesawat membawa Menteri Luar Australia Penny Wong mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.40 petang, disusuli rakan sejawatan dari Jepun Takeshi Iwaya pada 5.55 petang.

Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar India Pabitra Margherita pula tiba pada 6.21 petang.

Ketiga-tiga pemimpin itu dijadualkan menghadiri beberapa siri mesyuarat termasuk Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 dan Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32 pada 10 dan 11 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sementara itu, Penasihat Hal Ehwal Luar Bangladesh Md Touhid Hossain tiba di KLIA pada 6.40 petang, disusuli Menteri Luar New Zealand Winston Peters pada 8.40 malam.

Turut tiba pesawat membawa Timbalan Menteri Luar Pertama Korea Selatan Park Yoon Joo yang mendarat pada 10 malam manakala Menteri Luar Papua New Guinea Justin Tkatchenko pada 10.20 malam.

Menteri Luar Kanada Anita Anand pula tiba pada 11.41 malam.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang bermula Selasa diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Lebih 1,500 delegasi dari negara anggota ASEAN dan rakan luar turut mengambil bahagian dalam 24 mesyuarat peringkat menteri yang berlangsung selama empat hari.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan