AM

Solidariti Global, Nekad Moral Penting Untuk Krisis Gaza - Anwar

01/07/2025 09:05 AM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral yang kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

Dalam kemas kini di Facebook, Anwar berkata beliau mengadakan perbincangan mengenai hal itu secara maya dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal Jeremy Corbyn pada Isnin.

“Saya telah berbincang menerusi panggilan video dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British Jeremy Corbyn, menyentuh mengenai langkah kerjasama dalam kalangan negara-negara yang sehaluan ... termasuk Kumpulan Hague untuk memberi lebih tekanan terhadap Israel supaya menghentikan segera genosid yang sedang berlaku di Gaza,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia, serta memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan.

Genosid di Gaza sudah memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 11,000 masih hilang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan