AM

Menteri Pendidikan ASEAN, Timor Leste Tiba Untuk Hadiri "EduRoundtables 2025"

19/06/2025 10:46 AM

LANGKAWI, 19 Jun (Bernama) -- Menteri pendidikan negara-negara anggota ASEAN dan Timor-Leste tiba di sini hari ini, bagi menghadiri Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN (#EduRoundtables2025).

Ketibaan delegasi bermula seawal 8.30 pagi dan disambut oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Turut hadir menyambut ketibaan delegasi ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Majlis itu juga diserikan dengan persembahan kebudayaan yang mencerminkan identiti pelbagai budaya di Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Fadhlina menyampaikan ucapan pembukaan pada persidangan meja bulat itu yang bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pendidikan.

Acara bermula semalam dengan forum bertemakan “Accelerating Innovative Strategies: Mitigating Out-of-School Children and Youth (OOSCY) Challenges”, bertujuan mengukuhkan usaha kolektif melalui perkongsian maklumat berkaitan kumpulan yang tidak mendapat akses pendidikan dan berisiko tercicir, serta isu-isu lain berkaitan keciciran. 

Selain anggota ASEAN dan Timor Leste sebagai pemerhati, Forum Pendidikan ASEAN turut akan disertai wakil daripada organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). 

Tahun ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menyandang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan