KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 dan Disember 2025 menambah 9.5 mata masing-masing kepada 1,516.0 dan 1,504.0, Julai 2025 meningkat 8.5 mata kepada 1,513.0 dan September 2025 menokok 10 mata kepada 1,497.5.
Jumlah dagangan menyusut kepada 3,623 lot daripada 6,828 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 36,250 kontrak daripada 37,381 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.62 mata, atau 0.17 peratus, kepada 1,519.41 daripada paras penutup 1,516.79 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial