DUNIA

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

07/06/2025 10:22 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan, menurut seorang penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi berharga itu berkemungkinan kekal dalam julat dagangan semasanya antara US$3,330 hingga US$3,390 setiap auns troy.

“Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, emas diniagakan mendatar sepanjang sesi, mencerminkan ketidaktentuan yang lebih meluas dalam pasaran mata wang. Kebelakangan ini, logam itu bergerak hampir seiring tetapi secara bertentangan dengan dolar AS.

“Sehubungan itu, pergerakan dolar perlu dipantau dengan teliti kerana ia kini menjadi faktor utama yang mempengaruhi harga emas,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada US$3,371.80 setiap auns troy daripada US$3,312.20 setiap auns troy, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada US$3,380.30 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy.

Kontrak Ogos 2025, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada US$3,393.80 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 241 lot daripada 256 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 122 kontrak daripada 139 kontrak.

Menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 6 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,374.60 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan