SHAH ALAM, 30 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid-masjid di negeri Selangor membacakan doa khas selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.
Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial